Peperangan dan kezaliman…
Posted on: June 18, 2007
Tika jiwa inginkan keharmonian
Tika hati mengidam kejayaan
Tika diri mempertahankan kedaulatan
Bermulalah peperangan dan pertempuran
Yang lemah ditindas dan ditawan
Yang gagah membuas tak keruan…
Untuk apa hidup lagi wahai teman
Sekiranya dunia ini sudah tidak aman
Dan tiada pula diberi perlindungan
Mereka megah dengan kekuatan dan kekejaman
Tanpa memikirkan kesan dan penderitaan
Yang lemah memberontak menuntut pembelaan
Tetapi sedikit pun tidak dihiraukan…
Inilah masanya UN mainkan peranan
Membela mangsa daripada kekejaman
Bukannya duduk memperhatikan kezaliman
Sebaliknya perlu mengawal keadaan
Agar kita dapat hidup dengan aman
Diatas bumi ini zaman berzaman…