Posted by: driqmal on: June 18, 2007
Ada apa dengan rokok?
Hinggakan sebilangan besar masyarakat ketagih dengannya
Amat menyedihkan apabila remaja pun turut serta
Sesungguhnya diriku ini tidak tahu puncanya
Mula-mula terjebak dengan rakan sebaya
Ada yang menganggapnya sebagai penenang dijiwa
Ada yang jadi sebab masalah keluarga
Tidak kurang juga yang kurang berpendidikan agama
Konon nampak macho dengannya
Sesungguhnya mereka ini masih lalai dan leka
Hanya mengejar kebahagiaan dunia
Sedarlah wahai perokok remaja
Hentikan tabiat mu sebelum hari tua
Supaya hidupmu kelak tidak kecewa
Kerana dirimu amat berharga
Kepada agama, bangsa dan negara…