The Secrets of My Legacy

Archive for the ‘1001 Kisah dan Renungan’ Category

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.
Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,
“Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta”, katanya.
“Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta”, kata Rasulullah SAW.
“Ia tidak mampu”, kata perempuan itu.
“Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta”.
“Ia tidak mampu”.
Para sahabat yang berada di situ berkata,
“bukankah unta itu juga anak unta?”

Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,
“Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu”.
“Semoga suamimu yang dalam matanya putih”, kata Rasulullah SAW.
Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, “kenapa kamu ini?”.
“Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih”, kata istrinya menerangkan. “Bukankah semua mata ada warna putih?” kata suaminya.
Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW,
“Ya Rasulullah, doakanlah kepada ﷲﺃ agar aku dimasukkan ke dalam syurga”. “Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua”.
Perempuan itu lalu menangis.
Rasulullah menjelaskan, “tidakkah kamu membaca firman ﷲﺃ ini,

Serta kami telah menciptakan istri-istri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya”.

Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na’im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu’adz, “Wahai Mu’adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
Bacalah Al-Qur’an
tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.

Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman ﷲﺃ S.W.T. yang bermaksud, “Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain.”
Sabda Rasulullah S.A.W., “Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya.”
Kata Mu’adz, ” Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?”

Sabda Rasulullah S.A.W., “Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh ﷲﺃ S.W.T.”

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahwa di dalam syurga itu terbahagi dalam kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.
“Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?” tanya para sahabat.
“Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya.”

“Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya’ dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur lelap.” Begitu Nabi menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.

Ata’ bin Abi rabah berkata, Ibnu Abbas r.a telah bertanya kepadanya, “Mahukah aku tunjukkan kepada engkau seorang perempuan ahli syurga ?”
Jawab Ata, “Bahkan, siapakah perempuan itu ?”
Ibnu Abbas berkata, “Perempuan hitam itu telah menemui Rasulullah s.a.w mengadu ia telah dirasuk.”
Sabda Rasulullah s.a.w kepada perempuan itu, “Jika engkau tahan dan sanggup bersabar maka syurga bagimu, sekiranya engkau tidak tahan dan tidak sanggup bersabar aku akan mendoakan engkau supayaaaaaaaaaaaaaaa engkau pulih segar.”

Jawab perempuan itu, “Aku tahan dan sanggup bersabar (maka baginya syurga) sekian tercatit dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim. Dari sini dapatlah kita satu keterangan, bahwa penyakit sarak atau rasukan bukanlah ia sesuatu yang baru tetapi telah diketahui sejak zaman berzaman dan zaman Nabi dan sahabat.

Kata Ibnu Qayyim – 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik – pura-pura menangis.

“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan
orang tertawa dan menangis.”
(AnNajm : 43)

Jadi, ﷲﺃ lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta
menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata
telah mengalir di dunia ini.
Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh
ke bumi. Mata itu kecil
namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap
hari tanpa putus-putus.
Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak
pernah berhenti?.kalaulah air
mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ??
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya
meratapi mayat dengan meraung
dan memukul-mukul dada atau merobek-robek
pakaian.
Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di
tuntut iaitu tangisan kerana
menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis
kerana takut akan azab dan
siksa ﷲﺃ.

Tangisan dapat memadamkan api
Neraka “Rasulullah saw bersabda :
Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali ﷲﺃ
akan mengharamkan tubuhnya
dari api neraka. Dan apabila air matanya
mengalir ke pipi maka wajahnya
tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila
seorang daripada suatu
kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati.
Tidaklah ada sesuatupun yang
tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air
mata. Sesungguhnya air mata
dapat memadamkan lautan api neraka.”

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis
selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya
terhadap dosa yang telah ia
lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air
matanya mengalir di jurang
Serandip. Dari air matanya itulah ﷲﺃ telah
menumbuhkan pohon kayu manis
dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung
telah meminum akan air mata
Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi
Adam terdengar lalu
menyangka burung itu mempersendakannya lalu
ia memperhebatkan tangisannya.
Lalu ﷲﺃ mendengar dan menerima taubat
Adam dan mewahyukan, “Hai Adam
sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air
lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”

Air mata yang tiada di tuntut:

Janganlah menangis kalau tak tercapai
cita-cita bukan kah Tuhan yang telah
menentukannya.

Janganlah menangis
nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas
mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam
peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan .

Jangan menangis kalau wang kita hilang di
jalanan sebab mungkin kita kurang
bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan
pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan
itu semua buat bekalan
untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang
telah melanda diri, segala
dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah
mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima
hidayah dari ﷲﺃ swt.

Seru lah air mata itu
dari persembunyiannya di balik kelopak mata
agar ia menitis membasahi dan
mencuci hati agar ia putih kembali dan juga
semoga ia dapat melebur dosa2
dan moga-moga akan mendapat ampunanNya
jua.

Junjungan Mulia bersabda “Ada 2 biji mata yang
tak tersentuh api neraka,
mata yang menangis di waktu malam hari kerana
takut kepada ﷲﺃ swt dan 2
biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di
waktu malam.”

“Di antara 7 golongan manusia yang akan
mendapat naungan ﷲﺃ dihari
qiamat”??seseorang yang berzikir bersendirian
lalu mengenang tentang
kebesaran ﷲﺃ swt lalu bercucuran air matanya.”

“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana
takut kepada ﷲﺃ, maka
berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya
dedaunan dari pepohonan kering.”

Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika
kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat ﷲﺃ
swt untuk si mayat.(riwayat
dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 p erkara :
“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada
Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan
taubat kepada Dzat yang Memilikimu.”

Ingatan ku hanya pada kalian…dan hati akan bahagia jika diriku jua
dalam ingatan kalian… Dan aku akan bertambah bahagia jika bertemu kalian
dan kalian bertemu diriku di suatu masa dan satu tempat….


May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 14,044 hits